Wednesday, April 28, 2010

Beberapa sikap Rasulullah...

Rasullullah s.a.w. terlalu sempurna untok diikut atau di contohi kerana beliau terkenal dengan sifat yang mulia dan begitu sempurna sekali. Antara sifat-sifat Nabi junjungan kita yang boeh kita renungkan ialah:-

1) Nabi s.a.w. suka menghibur dan menggembirakan isterinya. Juga suka bermain dan bergurau dengan anak-anaknya tanpa jatuh martabatnya sebagai ketua keluarga dan rasul yang dimuliakan. Tidak pernah mengherdik isteri2 nya terutama isteri manja beliau iaitu Siti Aisyah r.a.

2) Nabi seorang pendengar yang terbaik. Baginda tidak serius memanjang, suka senyum dan lebih banyak mendidik dengan lemah lembut dan tidak formal. Tapi ada waktunya baginda tegas dan marah bila perlu.

3) Seorang yang penyabar dan adil dalam soal berpoligami dan juga dengan sahabat serta umat-umat nya.

4) Baginda seorang yang murah hati. Tidak bermalam padanya wang dinar dan dirham. Kalau ade lebihan sesuatu dan baginda belum menemui sasaorang untuk diberikan wang itu, maka baginda tidak akan pulang ke rumah hinggalah wang itu diserahkan kepada orng yang memerlukannya.

5) Nabi tidak pernah membazirkan makanan dan juga menghina atau mencela masakan orang atau isterinya. Masin atau masam akan di makan dengan senyap sahaja tak banyak songeh. Baginda mengambil sisa makanan di piring dengan anak jarinya, sambil bersabda," Makanan yang penghabisan itu banyak barakahnya."

6) Sabda Nabi s.a.w." Sesungguhnya aku ini hamba. Aku memakai pakaian sebagaimana yang dipakai oleh hamba."

7) Rasullullah memulihkan fungsi kaum lelaki sebagai pelindung, pembela dan penanggung jawab wanita hingga wanita rasa selamat dan terbela.

8) Memuliakan kaum wanita dengan memberi mereka peluang yang sama seperti kaum lelaki. Menjadikan wanita lebih terpelihara maruah dan penampilan diri.
Baginda juga membawa peraturan pergaulan yang sangat besar impaknya dalam memelihara harga diri seorang wanita.
" Dunia ini satu perhiasan, tapi sebaik-baik perhiasan dunia ialah seorang wanita solehah."

 credit:http://www.anakmelayu.com/