Thursday, January 28, 2010

ALHAMDULILLAH....




5 perkara hindarkan maksiat..

~Pertama,apabila kamu melakukan maksiat,janganlah kamu makan rezeki dari Allah.
~Kedua,apabila kamu berbuat maksiat jangan kamu tinggal diami dimana-mana tempat kepunyaan Allah.
~Ketiga,andainya kamu berbuat maksiat,anggaplah bahawa Allah itu lalai dan lupa kepada kamu dan Allah tidak melihat apa yang kamu lakukan.
~Keempat,tatkala Malaikat Maut datang kepada kamu dan hendak mencabut nyawa kamu katakan kepadanya" tunggu sebentar,aku mau bertaubat dulu sebelum mati".
~Kelima,tatkala kamu berada didepan Allah di akhirat dan Allah menyuruh kamu masuk keneraka kerana kamu berbuat maksiat ketika hidup,katakan kepada NYA:YA,Allah aku tidak mahu dan aku tidak bersedia masuk ke nerakaMU".

TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT


Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak
itu
mematikan hati'.

Banyak tertawa menjadikan hati semakinmalap dan tidak berseri. Lampu
hati
tidak bersinar dan akhirnya terus tidakmenyala. Hati tidak berfungsi
lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya darigelak-ketawa yang melampuai batas.
Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkanakal dan ilmu. Barangsiapa
ketawa
tergelak-gelak, akan hilang satu pintudaripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?Dalam keadaan suka yang
keterlaluan,
hati kita lalai dan lupa suasana akhiratdan alam barzakh yang bakal kita
tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan
dalam sebarang bentuk media. Kita sedangmenuju ke satu destinasi yang
belum
tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana
kedudukan kita di sana nanti, sama adaberbahagia atau menderita.
Berbahagia
di dunia bersifat sementara tetapidi akhirat berpanjangan tanpa had.
Penderitaan di dunia hanya seketikatetapi di akhirat azab yang
berterusan
dan berkekalan. Merenung dan memikirkankeadaan ini cukup untuk kita
menghisab diri serta menyedarkan diri kitatentang bahaya yang akan
ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkansuasana kubur". Demikian ditegaskan
oleh
Nabi saw. Kita sedia maklum, kuburialah rumah yang bakal kita duduki
dalam
tempoh yang panjang. Kita keseorangandan kesunyian tanpa teman dan
keluarga.
Kubur adalah satu pintu ke syurgaatau neraka. Betapa dalam kegelapan di
sana, kita digelapkan lagi dengansikap kita yang suka terbahak-bahak di
dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikankita kurang berilmu. Apabila
kurang
ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaanterhadap akhirat juga menurun.
Nabi
saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawanescaya melaknat akan dia
oleh
Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak
menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnyaperjalanan ... sedikitnya
bekalan
....' Walaupun hebat zuhud dan ibadatbeliau, namun merasakan masih
kurang
lagi amalannya. Betapa kita yang kerdildan malas beribadat ini sanggup
bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda"Barangsiapa banyak tertawa-tawa,
nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam
neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkanperasaan suka terhadap sesuatu. Cuma
yang dilarang ialah berterusan gembiradengan ketawa yang berlebihan.
Sebaik-baik cara bergembira ialah sepertiyang dicontohkan oleh Nabi saw.
Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanyatersenyum menampakkan gigi
tanpa
bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawasegala nabi ialah tersenyum, tetapi
ketawa syaitan itu tergelak-gelak."