Thursday, January 28, 2010

5 perkara hindarkan maksiat..

~Pertama,apabila kamu melakukan maksiat,janganlah kamu makan rezeki dari Allah.
~Kedua,apabila kamu berbuat maksiat jangan kamu tinggal diami dimana-mana tempat kepunyaan Allah.
~Ketiga,andainya kamu berbuat maksiat,anggaplah bahawa Allah itu lalai dan lupa kepada kamu dan Allah tidak melihat apa yang kamu lakukan.
~Keempat,tatkala Malaikat Maut datang kepada kamu dan hendak mencabut nyawa kamu katakan kepadanya" tunggu sebentar,aku mau bertaubat dulu sebelum mati".
~Kelima,tatkala kamu berada didepan Allah di akhirat dan Allah menyuruh kamu masuk keneraka kerana kamu berbuat maksiat ketika hidup,katakan kepada NYA:YA,Allah aku tidak mahu dan aku tidak bersedia masuk ke nerakaMU".