Sunday, February 21, 2010

Anti-islam?

 credit given to: http://www.rajablog.info/blog/blog-anti-islam-anti-malay.html
Apabila melawat blog ini,  http://pedestrianinfidel.blogspot.com/, 
timbul perasaan marah dan geram pada perasaan saya. Ya, sangatlah marah!
Saya kira golongan sebegini sukar diubati lagi. Bila ada blog yang saya lawati menjatuhkan Islam, InsyaAllah saya akan post kan komen tetapi bila terjadi perang mulut maka saya gunakan konsep ?Aku dengan agamaku, kamu dengan agamu?
Hal ini juga menyedarkan saya bahawa penggunaan blog pada masa kini juga boleh mendorong kepada hal-hal yang tidak elok. Ini berbalik kepada konsep, niat dan cara. Niat kita hendaklah ikhlas,benar dan wajib juga menggunakan cara yang betul.
Blog boleh menjadi senjata kepada golongan kafir tetapi jangan lupa bahawa kita, orang Islam juga mampu berbuat demikian. Caranya?
Saya berpendapatan perlu wujudnya satu ruangan khas disetiap blog untuk sembang isu semasa dan diletakkan isu mengenai isu-isu keIslaman atau isu semasa tidak kira apa-pun konsep blog: tidak kira blog anda adalah blog tutorial, blog bisnes, blog video mahupun blog bergambar. Apabila jumpa sahaja post berkaitan, terus reply diblog sendiri menggunakan fungsi backlink(jika blogspot). Beri ruang kepada anda bersuara. Saya tidak menggalakkan komen diblog tersebut kerana dengan satu klik, komen anda boleh terpadam.
Timbul juga kesedaran di hati saya untuk menyertai komuniti blog islam. Saya pasti ada dan saya akan cari, inikan dunia serba canggih. Jika tidak mampu berikan komen sekalipun, saya akan baca post mereka. Itupun jadilah.
Bagaimana dengan reaksi anda?